Free Bitcoins every 24 hours

Kelebihan Menggunakan Bitcoin



Kebaikan Menggunakan Bitcoin:

1. Tidak perlu membuat transaksi melalui bank.

Sekiranya sesuatu transaksi dibuat melalui bank, anda akan dikenakan caj dari bank, sama ada kadar tetap atau peratus daripada jumlah transaksi anda. Ipay 88mengenakan caj sebanyak 3% daripada jumlah transaksi anda. Sekiranya anda membuat transaksi sebanyak RM 1000.00 , anda harus membayar caj sebanyak RM 30.00 . Dengan menggunakan Bitcoin, kita dapat mengelak daripada dikenakan caj seperti ini.


2. Mudah, cepat dan senang untuk membelanjakan wang di seluruh dunia.

Konsep yang digunakan ialah “cashless expenditure” iaitu membuat pembelian menggunakan kaedah elektronik. Bitcoin diterima di seluruh dunia. US Dollar pun tidak diterima di seluruh dunia. Sekiranya seseorang itu pergi ke luar negara, dia boleh menggunakan Bitcoin sebagai matawang elektronik supaya tidak perlu menukar matawang untuk membeli belah.


3. Boleh dikeluarkan di ATM yang terpilih.

Bitcoin boleh dibeli ataupun dijual di mana mana ATM di negara- negara yang menyediakan perkhidmatan ini. Di Malaysia, buat masa sekarang terdapat 2 tempat yang menyediakan perkhidmatan ini, iaitu di Gurney Plaza dan Bangsar Shopping Centre. Pengguna Bitcoin boleh membeli dan menjual Bitcoin dengan lebih mudah dengan menggunakan Bitcoin ATM.



4. Tiada mana-mana pihak yang boleh mengawal aliran wang anda.

Pengguna Bitcoin mempunyai hak penuh ke atas Bitcoin yang dimiliki oleh pengguna itu sendiri. Sekiranya di akaun bank anda terdapat RM10,000 , adakah semua RM 10,000.00 duit anda? Menurut laporan, hanya 8% adalah duit anda. Maksudnya hanya RM 800.00 adalah duit anda , yang selebihnya digunakan oleh bank untuk memberi pinjaman kepada peminjam bank


5. Boleh mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik.

Dunia akan menjadi tempat yang lebih aman dan selamat kerana tiada transaksi wang, semuanya secara elektronik dengan menggunakan Bitcoin. Bitcoin dapat menjamin keselamatan seseorang daripada dirompak atau dicederakan . 


6. Boleh digunakan di mana-mana tempat termasuk pusat beli-belah dan sebagainya.

Bitcoin boleh digunakan semasa membeli belah dengan lebih mudah kerana amaun yang perlu dibayar boleh dibayar dengan menggunakan Bitcoin. Bitcoin juga boleh digunakan semasa berurusan dengan Expedia, Microsoft, Apple dan lain lain lagi.


7. Anda tidak perlu menyerahkan maklumat peribadi dan kami menjamin hak peribadi anda terpelihara.

Dengan menggunakan Bitcoin, hak peribadi anda tidak akan didedahkan kepada pihak bank sepertimana yang dibuat sekiranya anda mempunyai kad kredit. Anda akan “remain anonymous”. Sekiranya anda mempunyai kad kredit atau kad debit, maklumat peribadi anda akan disimpan oleh pihak bank. Ada kemungkinan akaun anda boleh digodam, menyebabkan akaun anda kehilangan duit atau kad kredit anda dimanipulasi oleh pihak atau individu tertentu.



1 Response to "Kelebihan Menggunakan Bitcoin"

  1. BitKong Test your courageousness and earn bitcoins from the big bad kong.

    TIP: Claim free bitcoins every 10 minutes from the faucet.

    BalasPadam